Pemergian Allahyarham Tuan Guru Nik Nik Aziz Bukan Isu Politik - Tajuddin

Saturday, February 14, 2015


Dato' Sri Tajuddin Abdul Rahman menyelar tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan komen-komen dan kata perhormatan yang diberikan kepada Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meninggal dunia  12 Feb yang lalu.

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia sendiri mengakui Allahyarham Tuan Guru merupakan Tokoh Ulama dan pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat negara.

"Itu menunjukkan Dato Seri Najib berjiwa besar, walaupun Nik Aziz itu seteru politik tetapi apabila dia dah meninggal dunia  tidak perlulah kita ungkit-ungkit kisah ketika masa hidupnya, doakan yang terbaik dan ampunkan segala kesalahannya, perbezaan fahaman politik bukan alasan kita tidak boleh menghormatinya.

"Walaupun pernah menjadi seteru politik namun dia ada juga kelebihan dalam hal-hal tertentu yang tidak boleh dinafikan.

WISMA PUTRA PERLU PANGGIL DAN TEGUR DUTA AS - TAJUDDIN

Friday, February 13, 2015



Kerajaan melalui Wisma Putra perlu mengambil tindakan tegas terhadap Duta Amerika Syarikat (AS) yang mengkritik keputusan badan kehakiman negara berhubung kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelmarin.

Dato’ Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman berpendapat kenyataan yang dibuat oleh Duta AS di Malaysia itu menyatakan seolah-olah mereka tidak puas hati dengan penghakiman tersebut dan mempertikaikan kewibawaan kehakiman Malaysia.

“Pada saya kalau duta yang bercakap begitu ia mewakili kerajaan AS, dengan sebab itu saya berpendapat kerajaan Malaysia mesti protes dan nyatakan rasa kesal dengan kenyataan Duta AS itu,” katanya.

Majlis Penyerahan Bantuan Pasca Banjir - Wang Ehsan MKN dan Sumbangan Kerajaan Negeri Perak Bagi Daerah Kecil Kg. Gajah

Thursday, February 12, 2015


Mangsa-mangsa banjir bagi Parlimen Pasir Salak telah diberi bantuan dalam bentuk wang ehsan dan juga wang sumbangan.

Wang ini adalah merupakan sebahagian dari bantuan pasca banjir yang telah disampaikan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat secara langsung di kawasan tersebut.

Wang bantuan pasca banjir ini telah disampaikan kepada 500 ahli keluarga mangsa-mangsa banjir daripada 3600 mangsa yang telah didaftarkan bagi kawasan Pasir Salak.

Timbalan Menteri Pertahankan Kenyataan Menteri Pertanian Berkaitan Isu Boikot

Monday, February 9, 2015


Timbalan Menteri Pertanian hari ini mengeluarkan kenyataan mempertahankan Menteri berkatian isu "Boikot" peniaga cina.

Dalam kenyataan itu, Dato Sri Hj. Tajuddin Abdul Rahman menyatakan bahawa tiada salahnya kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Menjawab pertanyaan wartawan yang meyentuh mengapa YB. Menteri menujukan boikot kepada peniaga Cina, Tajuddin menjawab secara umum memang benar majoriti peniaga adalah kaum cina tetapi maksud sebenar Menteri adalah kepada semua peniaga tamak tidak kira kaum dan kebetulan pula kaum cina adalah majoriti peniaga.