Pages

Monday, February 9, 2015

Timbalan Menteri Pertahankan Kenyataan Menteri Pertanian Berkaitan Isu Boikot


Timbalan Menteri Pertanian hari ini mengeluarkan kenyataan mempertahankan Menteri berkatian isu "Boikot" peniaga cina.

Dalam kenyataan itu, Dato Sri Hj. Tajuddin Abdul Rahman menyatakan bahawa tiada salahnya kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Menjawab pertanyaan wartawan yang meyentuh mengapa YB. Menteri menujukan boikot kepada peniaga Cina, Tajuddin menjawab secara umum memang benar majoriti peniaga adalah kaum cina tetapi maksud sebenar Menteri adalah kepada semua peniaga tamak tidak kira kaum dan kebetulan pula kaum cina adalah majoriti peniaga.



Tiada istilah perkauman disini cuma kenyataan YB. Menteri itu disalah ertikan dan tampil pula 'hero-hero' yang mengambil kesempatan untuk maksud dan matlamat tertentu tanpa mengira sensitiviti dalam negara majmuk ini.

Tajuddin berkata, tindakan pihak yang mahu YB. Menteri meletak jawatan adalah tidak munasabah dan mengarut.

Niat sebenar YB. Menteri adalah menggesa agar harga barang diturunkan demi membela nasib rakyat yang tertindas akibat kerakusan peniaga-peniaga tamak yang mahu mengaut keuntungan segera.

Tajuddin juga dengan tegas meminta supaya MCA dan Gerakan supaya tidak bergaduh dalam keluarga Barisan Nasional, MCA dan Gerakan harus menghentikan pertelingkahan ini sekarang.

Timbalan Menteri itu hari ini hadir dalam lawatan kerja ke Ibu Pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pagi ini. 





No comments:

Post a Comment